Sunday, 14 April 2019

Makan Seafood di Kota Kinabalu, Sabah - Todak Waterfront.

Assalamualaikum.. Hi peeps..

Now dah pukul 10 malam. I patut get ready untuk tidur but I nak update blog I kejap sebab I takut I lupa apa yang jadi semalam. Semalam hari I pack g*ler. Bukan sebab kerja ke apa. Sebab unplanned activities. Alhamdulillah walaupun I baru je kat bumi Sabah ni I masih ada activity yang I dapat spend dengan someone yang baru. I mean tak ada lah I duduk alone sorang sorang di sini. Right.. 

So basically semalam on 13th April (Sat) I masuk office kejap sebab I plan nak settleka kerja sikit. I ada course next week 1 week pulak tu. Entah sempat ke tak I nak settlekan kerja I. Serious I kejar masa before raya ni. Kalau boleh I nak cuti dengan tenang. Sebut pasal cuti ni I tak beli ticket lagi! OMG. I sure giler tiket mahal. Okaylah I kena plan untuk beli tiket this week jugak. Otherwise I tak balik raya. Gila ke apa. No way. 

Selfie at work. Takde orang I focus buat kerja for 3 hours je lah I tahan ihiks.

Lepas I settlekan kerja I, I pergi jumpa long lost friend I masa sekolah rendah. Hidayah nama dia. Cantik and sweet orangnya. We all tak juma 13 tahun masa last jumpa darjah 6. Just imagine... Dia pun dah jadi dentist sekarang. Hebatnyaa. At last kitorang jumpa kat KK bukannya dekat hometown ihiks. Dari pukul 12 tengahari sampai 10 malam I borak dengan dia. Tempat first we all pergi for sure lah Imago. Mana lagi. We plan jumpa kat Secret Recipe having lunch there. I sampai dulu kat SR. Tak sampai 5 mins Dr. Hidayah dah sampai. Sempat lah kitorang berdrama peluk peluk semua sebab yelah 13 tahun tak jumpa kot! Then kitorang borak sampai maghrib. Lepas solat semua we plan untuk pergi makan seafood. Kalau pergi KK tak makan seafood tak sah lah kan. So kitorang ambil Grab dari Imago ke Todak Waterfront (tempat makan seafood best kat KK). Tak jauh pun. Lebih kurang 7-10 mins perjalanan macam tu. Dekat je. Tu pun sebab jammed. Kalau tak jammed 5 minit dah sampai. Kitorang tak drive sebab kat Todak Waterfront tu susah nak parking. Naik grab baru RM8 je. Then sampai lah kat Todak Waterfront.

Selfie sikit dengan Dr. Sweet ni. Dah lah cantik, baik, lembut, pandai. Tak boleh brain lah Dr. memang kena perfect ehh.

Kitorang sampai je jalan sikit terus ada orang approach untuk pergi ke kedai dia. Sebab kat Todak ni dia macam foodcourt. Banyak kedai and stall. So you all just pilih je kat mana nak duduk and kedai mana nak makan. Tiap tiap kedai akan ada seafood bersusun kat depan kedai. Lagi sekali you all just pilih seafood apa yang you all nak makan. Nanti akan ada kakak and abang abang yang baik hati akan timbang kan and suggest kat you all untuk masak apa. Basically I and Dayah nak duduk kat tepi laut feeling feeling gitu sambil makan sambil angin laut meniup gitu. So we all pilih 1 kedai ni nama dia Rasamas rasanya alaaa I lupa. Tapi something about Rasa. Kalau you all nak cari kedai ni senang je sebab kedai ni paling dekat dengan laut. Kedai lain macam jauh sikit lah dari tepi laut tu. Kitorang mula mula nak makan lobster sekali mahal nak oiii. 1 lobster kecil tu RM100 lebih. Hmmm I lama lagi duduk sini so we all decide next time lah. Acah je padahal nak save duit. Saja guna alasan naext time huhu. So we all pilih 6 ekor udang besar, seekor ikan kerapu fresh hidup lagi tauu menggeletik I tengok ikan tu nak lompat lompat percubaan nak larikan diri lah konon tapi kamu tewas ikan hahaha kamu di dalam perut I sudah. Air mineral 2 and kangkung belacan tak lupa juga nasi putih untuk 2 orang makan. Semua dalam RM 91.00. Nasib baik I ingat harga. Okay sangat price tu dengan freshness makanan laut yang kitorang dapat. Rasa puas sangat.

Udang, sotong, lobster semua ada. You all tinggal pilih and bayar je. Semua fresh guaranteed 100%.

Haa lobster tu kecil je tu. Seekor RM100++. Hmm next time I rasa eh nanti I bagi review. Udang sebesar lengan pun ada okayyyy.

Butterprawn I.. Sumpah sedap. Prawns ni I pilih sendiri. Ikan kerapu I tersorok pulak dalam gambar ni. Belakang I ni laut. Sumpah nikmat makan sambil angin laut menyambar mukaku.

I mengaku lah semua seafood yang I makan tu semua rasa manis sebab fresh lagi kan. And diorang masak sedap sangat okayyyyy. Udang tu I minta diorang masak butterprawn, ikan kerapu pulak masak bakar sambal. Makan tak pandang kiri kanan oi. Focuss. So I memang recommend untuk you all pergi sini kalau nak makan seafood. Better you all naik grab je. Mudah and cepat. Tak ada lah you all waste time yang berharga untuk cari parking kan. Better masa tu you all kupas kulit udang, ketuk ketam nak makan isi ketam yang merah lagi fresh tu. Over tauu. Alright so sampai sini je lah post I. Macam banyak sangat pulak I tulis. So, till next time! Bye for now!

P/s: Oh ya.. Lupa bagitau. Dr. Dayah ni kata nama Todak Waterfront ni sempena nama tugu Todak dekat persisiran pantai area tempat makan ni. Sebab tu nama dia Todak waterfront. I pun tak nampak Todak tu sebab malam :(

Love,
M.

No comments:

Post a Comment